Kuala Lumpur:
Tonggak pertahanan Pilihan Malaysia, Thiago Junior enggan mendabik dada
berikutan pujian melangit terhadapnya terutama daripada pengendali pasukan
Dollah Salleh sejurus tamat aksi di Bukit Jalil, kelmarin.
Katanya,
kejayaan mengikat skuad kendalian Brendan Rodgers itu hadir menerusi komitmen
dan disiplin tinggi yang diperagakan semua pemain sejak dipanggil menyertai
latihan pusat lagi.
“Pada
saya, semua pemain dalam pasukan ini (Pilihan Malaysia) harus diberi pujian
kerana semuanya sudah memberi aksi yang terbaik pada perlawanan ini.
“Begitu
juga kepada barisan jurulatih yang tidak henti-henti menaikkan semangat dan
motivasi kami supaya berada dalam kondisi terbaik sebelum turun beraksi.
“Walaupun
seri ia keputusan yang perlu dibanggakan. Saya ucapkan terima kasih kepada
Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang
Tottenham sebelum ini.
“Kepada
rakan sepasukan juga terima kasih atas kerjasama baik sepanjang latihan pusat
dan perlawanan,” katanya.
Sebagai
rekod, Thiago bekas pemain skuad kebangsaan B-17 Brazil dan kini mewakili Perak
dalam saingan Liga Super.
Artikel
ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:04 AM
THIAGO
(kanan) mengasak penyerang Liverpool, Divock Origi.
No comments:
Post a Comment