Choose a Background Color:

Html Codes

Sunday, August 2, 2015


Silverstate Ultras Kumpulan Penyokong Terbaik Di Malaysia 


Silver State Ultras

Idea bermula: SSU telah wujud pada sekitar pertengahan tahun 2009 selepas kewujudan Ultras Malaya pada tahun 2007. SSU mula dicreate dan dicetuskan oleh saudara Azrul A.K.A Capo SSU dan Ultras Malaya. Idea untuk mewujudkan SSU adalah seiring dengan perkembangan budaya ultras di dalam Malaysia. Dengan reputasi , revolusi pasukan, hilangnya penyokong-penyokong tegar perak dan ketidak stabilan pasukan serta pengurusan bolas sepak Perak juga adalah salah 1 faktor wujudnya SSU ini untuk mengembalikan semangat penyokong perak dan kegemilangan bola sepak perak yang telah pudar akibat daripada pasukan yang tidak konsisten. Disamping itu juga membawa sesuatu kelainan dan kejutan budaya didalam dunia bola sepak Perak dengan cara menyokong yang agak berbeza daripada yang selalu kita lihat dan sedia ada.

Berkelana: Setelah idea ini tercetus, saudara Azrul memulakan langkahnya dengan mencipta banner SSU yang pertama dan classic sebagai permulaan. Seperti dibawah…





1st Banner SSU
Tidak terhenti disitu Azrul mula mencari rakannya di dalam kalangan UM untuk bersama-sama beliau bergerak di dalam SSU ini dengan lebih lancar dan teratur. Akhirnya hajat beliau tercapai apabila berjumpa MR.Labu,Raihan,Doddy dan Fazrul iaitu anak kelahiran perak dan penyokong sejati perak.Di dalam Harimau malaya.com/forum adalah salah satu tempat dimana mereka berkelana,berdiskusi dan berbincangkan mengenai pergerakkan SSU ini. Tred atau post yang pertama telah dibuka oleh Azrul di dalam forum itu adalah pada bulan september 2009(sudah hilang) sebagai langkah permula SSU untuk bergerak tetapi terdapat beberape halangan yang telah membantutkan hasrat mereka untuk bergerak dengan lebih awal pada tahun itu. Akhirnya mereka memilih untuk bergerak pada  tahun 2010 sebagai langkah permulaan SSU yang sangat strategi dan Performansi di awal musim liga super 2010 pada ketika itu. Buktinya, Azrul membuka tred yang seterusnya di dalam forum HMC bertarikh 27 JAN 2010 sebagai langkah bukti mereka mula bergerak dan melakukan apa yang telah dirancang sebelum ini.



SILVERMANIA

kita perak sama saja
mari kita satu hati
hitam kuning putih
itu lambang kami

kita kibar ramai-ramai
ayuh bangun la semua
kita buktikan
silvermania
ooooooooooooooo
silvermania....silvermania

perak juara

oh perak oh perak
engkau dihatiku
selalu berjuang bermati-matian
ayuh bangkitlah kami tetap menyokongmu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

oh perak oh perak
engkau kekasihku
usah menyerah kalah, sebelum engkau kalah
ayuh bangkit lah kami tetap bersamamu
oh perak oh perak
J.U.A.R.A

oooooooooooooooooo
ooooooooooooooooooooo
oh perak oh perak
J.U.A.R.A..





Monday, July 27, 2015




Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Pilihan Malaysia, Thiago Junior enggan mendabik dada berikutan pujian melangit terhadapnya terutama daripada pengendali pasukan Dollah Salleh sejurus tamat aksi di Bukit Jalil, kelmarin.
Katanya, kejayaan mengikat skuad kendalian Brendan Rodgers itu hadir menerusi komitmen dan disiplin tinggi yang diperagakan semua pemain sejak dipanggil menyertai latihan pusat lagi.
“Pada saya, semua pemain dalam pasukan ini (Pilihan Malaysia) harus diberi pujian kerana semuanya sudah memberi aksi yang terbaik pada perlawanan ini.
“Begitu juga kepada barisan jurulatih yang tidak henti-henti menaikkan semangat dan motivasi kami supaya berada dalam kondisi terbaik sebelum turun beraksi.
“Walaupun seri ia keputusan yang perlu dibanggakan. Saya ucapkan terima kasih kepada Dollah kerana memberi kepercayaan sekali lagi selepas dipilih menentang Tottenham sebelum ini.
“Kepada rakan sepasukan juga terima kasih atas kerjasama baik sepanjang latihan pusat dan perlawanan,” katanya.
Sebagai rekod, Thiago bekas pemain skuad kebangsaan B-17 Brazil dan kini mewakili Perak dalam saingan Liga Super.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:04 AM



THIAGO (kanan) mengasak penyerang Liverpool, Divock Origi.


 [u1]